HUBUNGI EN SHAH DI 0134099384 UNTUK UBAHSUAI RUMAH ANDA SEKARANG.....HARGA BERPATUTAN DAN JIMAT!

Friday, May 10, 2019

Forex - Bukan Pendapatan Tetap?

Assalamualaikum,

Telah berkecimpung & kenal forex mulai tahun 2008,aku mengetahui asam garam dalam pelaburan forex ni....

Ingat...forex adalah suatu PELABURAN....bukan punca pendapatan tetap dan konsisten.Itulah yang selalu pedagang/pelabur forex silap.Mereka ingat forex akan memberi pulangan tetap dan lumayan setiap hari,minggu @ bulan seperti gaji...tetapi sebenarnya TIDAK!!!

Ia adalah suatu pelaburan yang paling berisiko tinggi!!! Maka,sudah diingatkan pada Disclaimer Broker saham bahawasanya Forex ini tidak sesuai bagi sesetengah orang.....Mungkin Anda@Saya??? Ini kerana ia boleh mendatangkan keuntungan dan juga kerugian dari modal yang anda laburkan pada satu2 masa.



Contoh" Anda mula laburkan RM2000 duit anda.....selama setahun @ beberapa tempoh masa katakan anda capai keuntungan sebanyak 5 kali....namun anda juga pada masa yg sama mengalami kerugian sebanyak lebih kurang 8@10 kali......Nah,cuba kirakan keuntungan bersih anda sepanjang tempoh itu? Katakan anda membeli kuantiti lot yang sama. Nampak semacam rugi bukan? Melainkan anda mampu membuat banyak bilangan Untung mengatasi Rugi! Perlu diingat,kita orang awam yang tiada basic keewangan dan ilmu pelaburan keewangan secara detail,kita hanya pelabur baru yang baru belajar sedikit saja ILMU dari seminar2.

Saya bukanlah ingin melemahkan anda cebur diri dalam pelaburan Forex...cuma ingin ingatkan saja bahawa Forex bukan tempat bagi anda yang inginkan pendapatan tetap & konsisten....lebih baik anda berniaga saja secara konvensional..... 

Harap nasihat ini berguna...Sekian.
https://www.liteforex.com/?uid=510446932&cid=22528

#forex  #halalharamforex