HUBUNGI EN SHAH DI 0134099384 UNTUK UBAHSUAI RUMAH ANDA SEKARANG.....HARGA BERPATUTAN DAN JIMAT!

Saturday, April 22, 2017

Zakat?Bukan Hanya di Hari Raya.....

Salam,

 Baru-baru ini,saya ada menghadiri seminar mengenai saham dan bagaimana melabur dalam pasaran saham di Sungai Petani(April 2017).Saya terpanggil mengikuti seminar ini sebab Ayah saya pernah bermain@melabur dalam saham sekitar tahun 1992-1995(tahun di mana pasaran saham tengah BULL),dan saya sedikit2 ada membantunya.Maka,saya tahuserba sedikit mengenai saham nih,huhu.

 Apa yg saya nak cite kat sini bukan saham,tapi selingan pengisian dalam seminar itu yg membuatkan saya tersentuh dan tergerak hati menulis di sini.Mengenai zakat!!! Tahu tak wahai sahabat2 islam semua,2.5% dari pendapatan kita(bukan gaji sahaja rupanya),adalah hak orang lain(yg patut terima zakat)?.Dan,firman Allah,Allah dan Rasul mengistihar "PERANG" ke atas hambanya yg tidak berzakat,Masyaalah.

Bukan PM,Mentri Besar,Jiran,Keluarga,Rakan atau Orang kafir yg istihar perang kepada kita tapi ALLAH dan Nabi!!!
 Wow,terkesan x?

 Ingat tuan2,bukan zakat Fitrah saja kene bayar(rasa bersalah mcm xleh RAYA),tapi zakat2 lain juga,nak tengok lanjut klik sini>>>>>>Zakat Kalkulator dan Info2 nya!!
 Takpa ,klik saja xde komisen sy ambil dari link di atas ye......

 Harapnya,coretan sekumit saya ini dapat mendetik hati saya dan tuan2 untuk keluar sedikit zakat pada yg memerlukan.(Jgn Lupa Lihat Bahagian Pendapatan LAin yg JUGA perlu diZAKATKAN)

Pendapatan Lain Perlu Dizakatkan juga:

  • Harta Penggajian dan Upah Kerja:
    • Gaji, upah, bonus, tuntutan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan, pencen, hadiah, anugerah, insentif, ESOS (Skim Pilihan Saham Pekerja) dan apa - apa yang bersumberkan perkhidmatan atau penggajian.
  • Hasil Kerja Bebas
    • Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional
    • Bayaran atau keuntungan projek yang diterima daripada kontraktor
    • Komisyen dan 'residual income' seperti jualan insuran, takaful, unit amanah, brokeraj dan seumpamanya
    • Royalti atau komisyen hasil penulisan, penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya
  • Harta Yang Menghasilkan Pendapatan (Mustaghallat)
    • Hasil sewaan aset seperti rumah, bangunan, kenderaan, premis, peralatan dan sebagainya
    • Hasil produk ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya
  • Pendapatan yang tidak perlu diambil pengiraan zakat: Tuntutan lojing, tuntuan ke luar negara, tuntutan keraian, tuntutan perbatuan dan tuntutan lain-lain


 #p.s:seminar saham yg saya ikuti itu adalah seminar labur saham Hj.Asri Ahmad.